Yendi Widya Kota Bengkulu Bunga Rafflesia Bunga Raflesia Kawan Kawan Kawan Yendi ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH WILUJENG SUMPING

Jumat, 15 Januari 2010

Kini bencana alam dan manusia mati beramai-ramai berlaku berturutan.


Apabila sesuatu peristiwa itu berlaku berulang kali, maka jadilah kejadian itu kebiasaan dan adat kepada mereka yang mengalami dan melihatnya, kejadian itu akhirnya tidak lagi memberi pengajaran kepada mereka melainkan mereka yang sentiasa berfikir dan mengingati firman Allah dan pesanan Rasul mereka.
Sebab yang sebenar berlakunya gempa bumi di Haiti bukanlah kerana kerapuhan buminya dan sebab berlakunya tsunami bukanlah kerana meletupnya gunung berapi di tengah lautan dan begitulah juga bencana di tempat lain. Demikian juga belakunya gerhana matahari dan bulan dan berbagai lagi bencana yang mengerikan. Sebab asal berlakunya semua kejadian itu kerana Allah merancang demikian rupa, maka berlakulah demikian.

Perancangan itu untuk mengingatkan manusia bahawa kejadian kiamat kecil itu sebagai tanda-tanda bahawa kiamat besar atau kiamat sebenar pasti akan berlaku dan semudah itulah juga Allah perintahkan.

Pada hari itu seluruh alam ini akan celaru dan haru biru. kekalutan itu menjadikan manusia masing-masing ingin menyelamatkan diri sahaja , walaupun pada hakikatnya tiada siapa yang selamat.Mereka yang derhaka kepada Allah semuanya mati dan mereka yang taat juga turut terkorban.

______________________

Renungi dan fikirkanlah maksud ayat-ayat al.Quran yang dipaparkan di bawah ini, mungkin boleh memberi manfaat dan menambahkan keimanan kita kepada Allah.

099. AZ ZALZALAH

Apabila bumi diguncangkan dengan guncangannya (yang dahsyat),

dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya,

dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (jadi begini)?",

pada hari itu bumi menceritakan beritanya,

karena sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.

Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka.

Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya.

Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.

Petikan dari surah Yaasiin maksud ayat 81,82 dan 83.

Dan tidakkah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan kembali jasad-jasad mereka yang sudah hancur itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.

Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia.

Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya lah kamu dikembalikan.

Tidak ada komentar: